Assalamualaikum. Wee. First, Alhamdulilllah syukur saya panjatkan kepada Allah atas segala limpah kurnianya, sehinggakan saya masih mampu menggerakkan kedua belah tangan ini untuk menaip dan terus menaip di ruangan Coretan Kisah Hidupku.
Hmm, IB dah abes (ceyh ni keluhan ke ape nih).. Bila pikir balik, macam rindu zaman dulu kat kmb. Subuh ada orang ronda kejut solat Subuh, ketuk pintu bilik sampai nak roboh. Lepas maghrib, ada orang akan jerit, jemput pegi kulsem kat surau blok. Petang2, iftar kelas. Petang ahad, usrah dgn Kak Baz. Wah, bunyik cam padat jer jadual, tapi Alhamdulillah survive jer IB. Sebenarnya, jadual padat IB ni membuatkan diri ini lebih pandai mengurus masa. Rasa-rasanya, kalau lah tak spend time pegi usrah sekali seminggu, lagi lah stress, hati akan jadi gelisah, macam rohani tak cukup makanan. Rasa cam bersyukur, sebab time kulsem, siriyes dapat kenal ramai kawan. Jadi lebih rapat dengan kawan se-blok, walaupon bukan rakan sekelas.
Biler pikir-pikir, ape ek yang saya belajar biler masuk KMB? Hmm.. banyak kot. Antaranya:
1) Blaja term2 yang tak pernah dikenali.
Sebagai contoh, naqibah, naqib, mabit, jaulah, and the list goes on. Macam tak percaya kan? Haih, dulu jahil =.= , nak buat camne.
2) Belajar baca Mathurat
Mesti ada yang buat reaksi terkejut, cam O M Geee gituh. Tapi siriyes, memang tak pernah kenal pun Mathurat sebelum masuk kmb. Lagipun, tak pernah masuk skola berasrama penuh, tak pernah plak baca mathurat ramai2. So nak dijadikan crite, memang sangat malu time mula2 masuk kmb. Macam lost. Tak reti nak baca Mathurat, kan Mathurat ada sections dier, dulu cam main redah je sume. Pastu, orang lain sume duk baca lancar (masing2 kan dah hafal), aku tergagap2 sendiri. Sebab tu lah aku suka baca Mathurat kat bilik sorang2, supaya bole jer baca slow2. Tapi kan Alhamdulillah, jahil camne pon aku dulu, Allah tetap pilih aku untuk terima benda ni. Slow2 aku belajar, sekarang dah boleh amalkan :) (Nak menitis air mata bila kenangkan betapa jahilnya aku dulu)
3) Belajar peluk cium
Haha jangan salah sangka. Kat kmb, aku belajar untuk bermesra dengan kawan2 yang lain (perempuan je kayh =.=) . Aku bukanlah jenis yang mesra2 sangat, tapi kat kmb, peluk2 tu dah perkara biasa especially after usrah. Mengeratkan silaturahim lah katakan :)
4) Belajar untuk bangun awal
Ceyh, rasanya kat mana2 pon boleh blaja untuk bangun awal. Tapi kan, kat Kmb macam lain sket. Walaupon penat dengan assignments, selalu jer terbangun dengan sendirinya pukul 4 pagi camtu (tapi pastu tido balik =.=). Melainkan tak tido langsung, atau tido lewat giler (contohnye malam math port folio, sume macam zombie kampung pisang). Harap2 boleh maintain kat rumah bangun awal. Amin.
5) Belajar pakai kain batik
Waaaa. Nih statement memalukan. Hihi dijadikan cerita, rumet kan suke pakai kain batik, then rasa teringin lah jugak nak pakai kat blok. Memang tak reti pon, asik nak terlucut. Sampai sekarang pun masih belajar. Yang besnyer, sekarang dah jumpe kain batik sarung. Tak payah ikat, jimat masa. LOL.
6) Belajar kontrol emosi
Saya budak emo. Especially kalau time PMS, janganlah tegur. Memang takkan dapat respond. Pastu sensitif jugak, cepat tersinggung. Tapi tersinggung pon, tak pernah confront, suka pendam sorang2. Nangis kat bilik sorang2 (Eww..). Alhamdulillah sedikit sebanyak, selepas all the tarbiyah, saya dah boleh kontrol emosi dan lebih bersabar. Dah boleh berlapang dada. Yang penting, dah boleh kontrol sikit mimik muka. Dah kurang emo. Lebih suka senyum. Waaa.
Hmm, banyak lagi benda yang kena belajar. Hidup kat luar KMB nih lebih banyak cabarannya. Anyway, syukur Alhamdulillah sebab Allah masih pilih aku untuk dapat tarbiyah kat KMB. Sebenarnya, rasa tak layak pon untuk terima semua ni, sebab diri ini memang tak pernah ada contribution pun untuk Islam. Tapi, nak dijadikan crite, tarbiyah yang datang selepas kemasukan diri ini ke KMB memang sangat bertepatan dengan keadaan aku ketika itu. Time tu (after PLKN), memang terasa lost sangat. Macam hidup tu ada yang kurang. Rupa-rupanya, memang ada yang kurang. Mungkin selama ni tak pernah nak jadi a full-time muslimah.
For those yang mencari2 tuh, teruskan mencari cinta Allah. Allah tu ada kat mana2 jer. Dah abes IB ke belum, sama je, Ilmu ALLAH tu banyak sangat, dan kita harus sentiasa belajar dan terus belajar.
P/S Esok nak meeting dengan adik beradik mengenai video birthday mak. Ceyh meeting nih.